Friday, September 12, 2014

3 Hari Berturut

Fuhhh. What a weekday! Minggu ni memang agak kelam kabut sedikit. Dengan bos nak outstation sampai hujung bulan. Dengan tuan tanah demam. Memang lepas masuk dari MC je terus guna gear 5. Pecut siapkan segala. 

Ini memang entry lama. Kebetulan Mimi turun KL dari Kuantan. Jadi moh la cium cium pipi sikit. Jadi Jumaat 29 August 2014 lepas kerja shoot terus ambil Mimi & Angah kat USJ dan langsung ke The Curve. Berjumpa dengan rakan bloggers juga. They used to blog too. Ni kira 1st batch yang tuan tanah jumpa lah. 


Dari kiri berbaju hitam tu Angah. Kakak kepada Mimi. Sebelahnya rakan blogger Zie Ziana. Tapi panggilan manjanya Kakdik. Tudung pink of course Mimi, Tuan Tanah, Nita Hamdan sang isteri kepada rakan blogger juga EncikSepul serta anak mereka Umar Shadiq. 

Asalnya janji makan dengan Kakdik je. Tapi alang alang dah mencemar duli ke kawasan EncikSepul & Nita Hamdan, cuba nasib la ajak mereka dinner sekali. Ada jodoh rupanya jadi berjumpalah kami di Marche. Time ni Umar jual jual mahal lagi. Tapi mendengar kata sungguh. Abah & Ibu dia suh salam, terus salam. Takdak banyak songeh. 


Lepas makan haruslah ngopi dulu kan. Selalu duk tengok IG EncikSepul & isteri depa berdua pi cafe cafe yang hipster. Jadi ni kira salah satu lokasi yang depa dua orang dah pernah pergi. Friendly staffs, menu yang simple & harga lebih kurang macam Starbucks. Cuma mereka takda ice blended. Ada either hot or cold sahaja.


Nahhh ni la EncikSepul. Dulu dia ada blog. Suka sungguh pi blog beliau. Ceritanya random. Kalau food review lagi la best sebab lengkap dengan nak lalu mana, nak u-turn mana siap. Cuma mengikut beliau, dia dah tak boleh nak berblogging lagi kerana dah sampai maximum gambar posted dalam blog. Ada ke hal macam ni eh?


Sabtu 30 August 2014. Kak Nita whatsapp katanya nak cuba Bite Patties kat Klang. Ala warung burger ja tapi tuan tanah dan kawan kawan memang suka lepak situ. Nasib call dulu pekerja warung tu. Rupanya tutup. Dah alang alang EncikSepul & Nita dah mai dari Damansara, kami semua buat plan tergempar ke Foodsbury di Seksyen 9, Shah Alam. Located di belakang Shell sebelah Concorde Hotel Shah Alam. Kalau tengok kat ig Foodsbury ni macam pom pom sangat menu. Bila mai makan sendiri. Elehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Tu semua teknik ambil gambar ja. Tertipu tuan tanah. Spaghetti Olio tuan tanah pun hangit. Oh ya, malam tu tuan tanah bawak sekali Datin ikut pi melepak. Pernah korang melepak bawak mak? Hihihihi.


Dah makan? Harus ngopi pula kan. So bertukar ke Darul Ehsan area Foodsbury untuk pekena nescafe panas sikit. Sambil hujan sikit sikit. Masa ni Umar dah friendly habis dah. Dah kenal semua orang dah. Tengoklah sampai dia tutup muka tuan tanah bila nak ambil gambar. Di umur 4 tahun ABC dah lancar, nombor 123 dah lancar. Lagi bagusnya baca doa makan pun lancar. Alhamdulillah. Semoga jadi anak yang soleh ya Umar. 


Ahad 31 August 2014. Kali ni sungguh memang tak plan nak berjumpa. Tuan tanah, Datin, Mimi & Angah pergi ke Selera Jaya 223 demi nasi lemak Yati & Otak Otak yang kaw kaw sedapnya. Dari situ saja la nak ke A&W PJ sebelum ia akan ditutup. Rupanya keluarga EncikSepul disana. Apa lagi, memang melepak lagi la. Beratur kat A&W ni tak pernahnya tak panjang. Tapi nasib servis laju sikit daripada sebelum sebelum ni. Bayangkan dulu pernah beratur nak order makanan je dekat 40 minit. 

Dalam jam 11 malam gitu Datin yang tak biasa melepak ni dah rimas. Ajak pulang. Kami saja buat lawak sesama sendiri, dah jumpa 3 hari berturut turut kan? So lagi 3 tahun baru jumpa balik. Harap harap Umar tak lupa kat kami. 

Akhir kata, nah gambar umar sebelum dah jadi abang abang. kenapa dah takdak rambut macam ni?? kenapaaaaaaaaaaaaaa????



2 comments:

  1. Ohh ingatkan apa tadi 3 har berturut2 tu rupanya jumpa rakan blogger :-) en epul tu Jm rasa pernah baca blog beliau kisah travel ke gold coast. Rupanya blog pun ada maksimum size yek Jm pun baru tahu

    ReplyDelete
  2. Meriah dgn perjumpaan kawan-kawan ya. Dah mcm YB daah. Pasal saiz blog tu, bila saiz dah max kita tak boleh nak upload gambar. Kalau macam tu better tambahkan account email lain juga as administrator. Setiap satu account ada limit saiz.. dah tak ingat berapa tapi besar jugalah. :)

    ReplyDelete